Sunday 14 August 2011

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Glenealy, Parit

SJK(T) Ladang Glenealy, Parit telah ditubuhkan pada tahun 1951 bertempat
di Batu Kawan Berhad d/a Taiko Plantation Berhad. Keluasan tapaknya
adalah seluas 1.25  (3 ekar). 
Pada tanggal 15.09.1989 bersamaan hari jumaat, lebih kurang jam 12.30
tengahari, telah berlaku satu peristiwa yang mengejutkan iaitu sekolah SJ
(T) Ladang Glenealy telah terbakar. Kebakaran itu adalah  disebabkan api
yang bermula daripada bilik pusat sumber sekolah. Kebakaran ini telah
memusnahkan semua harta benda sekolah, akibatnya pihak sekolah
mengalami kerugian lebih kurang  RM 124,000. 
Setelah mengambil kira kepentingan pembelajaran, murid-murid  sekolah
telah menumpang beberapa buah rumah yang telah dikosongkan oleh
pekerja-pekerja ladang ini. Walaupun keadaan rumah-rumah tersebut
merbahaya dan tidak selamat tetapi segala aktiviti persekolahan telah
dijalankan seperti biasa.
 
Keadaan sekolah tumpang (rumah lama) adalah seperti berikut:
Bilik darjah terdiri daripada 4 buah rumah lama.
Kerusi meja dipinjam daripada beberapa buah sekolah di Daerah PerakTengah.
Pejabat sekolah terdiri daripada sebuah rumah lama.
Bilik guru terdiri daripada sebuah rumah lama.
Tiada tandas guru / murid.
Tiada padang permainan.
Seterusnya, melibatkan ini Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah ini


telah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan
ataupun derma daripada beberapa pihak tertentu
 
Pihak-pihak tersebut adalah seperti berikut:-
 Dato Seri Lee Loy Seng, PSM, SPMP, JK Taiko Plantation Sdn. Bhd. Ipoh.
 Y.B En. Nasaruddin bin Hj. Alang Saidin, AMP Ahli Parlimen Kawasan
      Parit. Sumbangan beliau adalah sebanyak RM 10,000.00 untuk membina
      bangunan sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia. sumbangannya:-
vSumbangan bantuan modal RM 20,000.00 untuk bangunan sekolah.\
vSumbangan bantuan modal RM 32,500.00 untuk kantin sekolah.
vPPD, Perak Tengah dan beberapa buah sekolah di Perak Tengah:-
Ø bantuan kerusi dan meja.
PIBG sekolah:-
vSumbangan tenaga dan kewangan sebanyak RM 2,350.00 untuk membina
kantin.
JKR Perak Tengah:-
v Sumbangan pagar dan tandas guru.
Akhirnya, setelah sebuah sekolah baru berjaya dibina, semua peralatan dan
sekolah lama telah dipindahkan ke sekolah baru pada 24-11-1994 dan
sekolah murid berpotensi pada 1-12-1994. Kantin sekolah telah dibina pada
01-10-1995.

No comments:

Post a Comment